Universal Studio Osaka

April 13, 2012

Duduk santai

di Amity Boardyard

ditemani

isteri

dan

dua anak lelaki yang nyenyak tidur

dan

kopi

dan

lagu Mat Saleh yang aku tak tahu tajuknya

berkumandang menyeluruhi suasana.

Angin musim bunga di Osaka bertiup,

sejuk mencucuk.

Dotonbori

April 13, 2012

Waktu hujan rintik-rintik

di Dotonbori,

aku nampak seorang gadis menangis,

di bawah payung dalam pelukan kekasihnya.

Seperti langit, matanya merintikkan air mata

menuruni pipinya.