sama

Mei 29, 2007

kita – adalah sperma juara bapa yang berjaya

bersatu dengan ovari ibu

kemudian 9 bulan bergelap dalam perut

sebelum terpacul keluar – normal atau caesarean –

ke dalam dunia.

 

kita lahir ke dalam dunia – putih bersih – melihat dunia

seadilnya  – tiada prasangka

 

kita muda – melalui proses di mana segala yang asing menjadi rutin biasa.

 

kemudian tua – tak berdaya

langsung

mati.

 

kita sama.

manusia.

Advertisements

Luka

Mei 14, 2007

[untuk 13 Mei]

Sebuah gerobok usang, suram – bila terkuak pintu, masam, bau tertusuk ke rongga hidung – menyembunyi neo kisah 

tertimbus paling dasar

dalam himpunan silam sejarah

 

Tuturannya luka

Hembusan anginnya derita

Dendangan alamnya hiba

Tangisan langitnya suram

Bersama warna merah pekat likat

berbaur aroma darah – hanyir.

 

Luka itu dalam

Manusia-manusianya naik hantu

– hantuhantuhantuhan

hilang santun

berlagak tuhan dalam rasukan

mencabut nyawa tanpa ehsan

 

Walau pedih jangan dilafaz

biar sangkut di halkum

peruk di minda

mereput agar lupus

takut-takut hantu dan tuhan

kembali menggelegak

berkuit kocak

mengamuk amuk

 

Ia berparut, tidak lagi berdarah

Masam terperam

dibuat lupa.

Agam

Mei 8, 2007

 

Gugusan-gugusan awan yang menyelubungi

belum mampu menenggelamkan

kau yang

agam kukuh bertapak tinggi menjulang

berselaput salju di puncak

 

Kau jauh

Memancar tenang

 

Sejuk

aku

terasa

hanya berdiri

memerhati.

 

Shin Fuji

10.50pm

28 Mac 2007