kekal

April 19, 2007

olengmu tenang

resonan sekata

 

sekilas

seperti manusia

berenang

susup

masuk

susup

keluar

 

seperti kaca

kau

berderai

 

angin kuat

menghambat aku

pergi

 

tinggalkan kau

sendiri

 

kekal

selama.

 

Atami

3.15pm

22 Mac 2007

Hujan

April 19, 2007

Papan papan tanda di Ginza

adalah

hujan yang menumpahkan cahaya pada

manusia-manusia di bawahnya

 

Aku teringat

wajah kusam Bill Murray

memerhati

cahaya yang serupa

dari dalam kereta

 

Di sepanjang jalan kedai-kedai mewah

tersusun rapi – Burberry, Salvatore Ferragamo, Mont Blanc

 

Di sini aku temu

manusia kaya

juga

anjing berkasut rapi pada keempat-empat

kaki.

 

Ginza, Jepun

25 Mac 2007

Satu

April 19, 2007

Biru digarisi hijau yang jadi pemisah

langit dan bumi

yang hampir bersatu tapi

tidak

dengan warna jadi penentu

 

Burung camar berkicau atas desir air,

bersenggama tenang

 

Sekali-sekala, bunyi-bunyi mekanikal buatan manusia menerjah,

berlawanan

antara manusia dan tuhan

 

Bunyi-bunyi itu mengacau

tapi terpatah dengan tenang air

berolak-alik dan

ombak memukul pantai

 

Di kejauhan nampak horizon, seperti laut tiada hujungnya

 

Damai.

 

Aku, kicau burung, angin sejuk, terik mentari, ombak, pasir

mencair

dan bergumpal

kini satu

sama alam

 

Satu.

 

Atami

22 Mac 07

1.15pm

Aku Di Atas Ini

April 2, 2007

I

Di atas ini

kau berada antara garis dunia dan akhirat

 

Mencium kaki Tuhan

di angkasa raya

 

berdosa atas dunia.

 

II

Aku kembali lagi ke bumi asing yang

aku

 

rindui.

 

III

Duduk di tengah kapal terbang

aku bosan tiada awan untuk dipandang

 

Di tepi kanan sekumpulan wanita berbual ceria

Di depan gadis berbuah dada besar dan pejal asyik menonton Mr. Bean

Kanak-kanak di sebelah lesu dalam dakapan ibu

 

Aku duduk

Kadang

berfikir

Kadang

tersengguk menahan kantuk

 

Sejuk mula terasa

Angin kuat terdengar.

 

17 Mac 2007