Klentang Klentung!

Mac 12, 2007

Kumat kamit

Kau lontarkan vokal lengkap dengan

                                    falseto dan vibrato,

Sebutan kau bulat dan padat

                                    desibel suara rendah tinggi,

 

Ia lunak

macam nasi ditanak sama santan,

 

Kau sulam kata-kata perkataan perkataan ayat-ayat –

            Memancut laju seperti cirit dan mesingan

            Penuh yakin

Berteraburan –

keluar dari mulut yang berbau curut memasuki liang dan rongga udara.

 

Mereka bergerak – rawak, terus, aku tak tahu tapi seperti ada kabel di antara mulut kau dan telinga aku yang membenarkan paket kata kau memasuki telinga ini –   menyondol masuk dalam saluran langsung menghentak gegendang telinga aku!

 

Klentang!

Aku terkejut

            Apakah ciritan dan bunyi mesingan itu bunyinya

                                                                                    begini?

Klentung!

Ia hentak lagi

            Klentang klentung! Klentang klentung! Klentang klentung!

 

Runut bunyinya asak mengasak

lagi dan lagi dan lagi

Mencipta harmoni yang mengajak kepala aku bergoyang

atas irama tin kosong berseretan

                                                atas jalan!

 

(Sudah tengah bulan, aku cuma mau gaji yang tertangguh kerana terlalu banyak bil dan tanggungjawab yang harus dilunasi)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: