Apa Itu?

Ogos 11, 2006

Kalau api lawannya api

Biarlah, biarlah semua mati

Biar semua kena semua rasa

Biar darah tumpah

Biar nyawa terbang

Biar bangunan runtuh, rosak

Biarlah jadi padang

Biar negara tergadai nyawa melayang

Biarlah kanak-kanak, orang tua, orang muda, orang biasa mati!

Peduli apa

Yang penting mesti tentang

Mesti Menang!

 

Sabur limbur

Jeritan ketakutan dan keberanian

Pekikan tekad dan takut

Yang lari dan sorok

Yang membedil dan dibedil

Yang menembak dan ditembak

Yang mengebom dan dibom

Terus terus terus

Siang malam pagi petang

Terus aja perang bunuh cantas bedil tembak rogol bom letup

Hahahaha! Ketawa mereka

Biar padan muka!

Baru kau rasa kuasa teknologi

Kalau lemah memang patut mati

Biar yang kuat terus menghuni duniawi

 

Satu dunia protes pekik lolong piket

Mana keadilan? Mana keadilan?

Buat demonstrasi tapi apa kau rasa beban yang ditanggung mereka

Ketika kau terpekik terlolong

Ada kau angkat senjata? Pergi berperang

Ada kau mahu bersama merasa

Penat jerih bertarung nyawa

Mengelap keringat yang mengalir bersama darah

 

Ada kau mahu serta? Ada? Ada?

Hidup kita macam biasa

Macam biasa

Kerana rasanya belum terdaya

Belum kuat jiwa belum kuat percaya

Untuk bersama mereka

 

Jadi aku tanya.

 

Simpati, apa itu?

Belas kasihan, apa itu?

Kasihan, apa itu?

Kasih sayang, apa itu?

Diplomasi, apa itu?

Rundingan, apa itu?

 

Apa itu?

Apa itu?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: