INGKAR

Jun 23, 2006

 

Hati ini sudah hilang rasa

Apa kau kata

Berlalu macam itu saja

Telinga ke telinga

Aku sudah bosan

 

Telinga PEKAK

Mata BUTA

Hati MATI

 

Sayup-sayup suara kau aku dengar

Muka kau aku pandang, sayu

Kau main psikologi

Nyalakan api di arang yang padam

Pernah marak tapi tidak lagi

 

Otak ini tolak

Jiwa berontak

Segar tiada lagi

 

Mengantuk

Mengantuk

Mengantuk

 

Aku ikat kukuh percaya

Yang aku bina jalinannya dalam jiwa

Gugur satu satu

Lepas itu

Pecah hancur roboh musnah

MUSNAH!

 

Ingkarkah aku?

Tanya diri sendiri

Ingkarkah engkau?

Tanya diri sendiri.

 

Tuhan

Aku tidak mahu sesat.

 

23 Jun 2006

10:00am

CINTA

Jun 23, 2006

Cinta

Mana-mana

Banyak

Bentuk

Rupa

Gaya

Mutu

Harga

Makna

 

Sebab cinta

Mabuk

Mati

Gila

Bodoh

Fasik

Zalim

Ingkar

 

Tapi cinta

Dapat cari

Aduh nikmat

Semai

Baja

Belai

Jaga

Kukuh

Tegap

Julang

Tambah sayang

Jiwa raga

Diri Harta

Tak bermakna

 

Cinta

Bisa bikin orang gila!

 

Fairul Nizam Ablah

4:02pm

21 September 2006

GELAP CARI TERANG

Jun 16, 2006

 

Gelap

 

Raba-raba

Cari-cari

Minta jumpa

Penglihatan

Pendengaran

Hati

Langsung tak guna

 

Gigih kaki langkah

Usaha tangan cari

Tekad jiwa rintih

Ingat lupa lupa ingat

 

Langgar sana sini

Rasa itu ini

Ingat lupa lupa ingat

 

Zahir kena

Batin seksa

Tajam, tumpul; Rata, bonggol,

Tinggi, rendah; Panas,sejuk,

Pedih, perit, nyilu

Sengsara

Ingat lupa lupa ingat

 

Takung air mata

Rintih jiwa

Terus maju cari

Ingat lupa lupa ingat

 

Jumpa!

 

Hati kembang bunga

Senyum seri muka

 

Terang

Nampak Dia.

 

Fairul Nizam Ablah

16 Jun 2005

3:58pm