Salju
Disember 18, 2007
I
Bersebelahan tetapi serasa amat jauh seperti wujud ruang renggang yang menghapus panas dan haba genggaman tangan yang duduk bersebelahan
hanya dingin merajai; memadam sejuk penghawa dingin
di layar filem berputar rancak
di sisi permaisuri salju melata punggung sepi.
Wajah
Disember 18, 2007
Setiap kedutan terlukis di wajah menyimpan seribu satu kisah
gembira – mata terang bercahaya, mulut manis berseri pipi bergetar menahan tawa
duka – mata suram, pahit meraja senyum, pipi jadi pelantar air mata
ia adalah topeng untuk manusia.
Bayi
Disember 18, 2007
Kamar kecil peribadi ini adalah tempat cuci segala daki dan hamis yang terlekat di pelipat dan kelangkang juga membuang keladak perut yang tak berguna
atau tika jantan atau betinamu melolong ia jadi tempat pelampias syahwat di bawah rona lampu
Ia jadi pentas untuk lagu popular berkumandang bernada sumbang si penyanyi
dan saksi kepada keburukan manusia di waktu pagi walaupun untuk yang tercantik atau terkacak di muka bumi
Di dalamnya kita bogel seumpama
bayi.