Kesima
Disember 6, 2006
Dari jendela pesawat itu
Aku dapat lihat
Sayap membelah langit tingkat satu
Yang biru oren keputihan
Di bawahnya
Timbunan kekapas berselerak
Kecil dan besar
Waktu itu pagi
Dan aku terkesima
Menanti tiba ke destinasi
Pagi 26 Oktober 2006 dalam pesawat MH88 menuju ke Lapangan Terbang Narita.
Tiada
Disember 5, 2006
Kau sudah aku tempatkan
Kejap-kejap dalam hati
Antara ruang wanita
Yang pernah mencurinya
Kau adalah wanita
Yang aku telanjangkan segala
Kelebihan dan kekurangan pada diri
Sayang
Sayang kita tak panjang
Di satu pagi sejuk menggigit-gigit
Di atas balkoni
Kau hulurkan titik noktah
sambil kau seka air mata yang tumpah
Aku terima
kerana tiada guna memaksa
Kau pergi
Dan aku hirup segala kekuatan
Untuk bertatih, berjalan dan berlari
Masa terus jalan
Kita bertemu lewat kemudian
Di satu hari untuk secawan kopi
Kita berbual santai
Antara ketawa dan diam
Dan sama-sama faham yang istimewa itu
Sudah tiada.
Aku Cuma Mau Hidup
Disember 5, 2006
Hujan pagi
Rintik-rintik
Tik.
Satu
Tik. Tik.
Dua
Tik. Tik. Tik.
Tiga
Lalu berpuluh, beratus, beribu, berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta, berjuta-juta
Infiniti
Titik menitik
Ke bumi
Tanah, padang, pokok, jalan raya, rumah, kereta, sungai, laut, sawah, longkang, binatang
Sekelumit pun tak terkecuali
Tik. Tik. Tik.
Beritma
Lagu berputar di pemain MP3 di komputer
Azan bergema
Aku tersadai
Kelam
Antara khayal dan jaga
Bunyi azan, hujan dan lagu bercampur baur
Bergaul dan bergaul dan bergaul
Jadi sebati
Jiwa dicucuk-cucuk
Gelisah resah
Azan terus berkumandang, hujan terus rintik, lagu terus putar
Aku hanyut dalam kabut
Harap hidup di esok hari.
Malam Jahanam dan Komedi
Disember 5, 2006
Malam itu kita mahu menonton persembahan Telebury
di The Laundry
Dengan mata rabak
Otak sama menggelegak
Suara Fathul vokalis Spiral Kinetic Circus bergema
Melantun-lantun dari speaker kereta
Celaka!
Bila kon-kon terang bercahaya tersusun rapi atas jalan raya
Ada road block, aku kata
Ye ke, kau tanya
Di depan ada manusia berseragam hitam memegang lampu picit
Menyuluh kereta yang menyusur perlahan
Satu Satu
Kita jadi cemas
Jantung berdetak
Dug dag dug dag
Sampai giliran kita disuluh
Dan disuruh ke tepi
Dia minta IC
Saya takde lesen, kau kata
Aku tunduk kepala
Mahu ketawa
Dia bingung
Kau tenang dan keluar
Ini mesti saman, dia gegar
RM300 sudah pasti terbang
Tapi ada cara lain
Yang lebih murah dan mudah
Dia jual kata
Malam itu
Kita bersaksi
Kedewaan wang yang boleh mengubah segalanya
Malam itu
Kita bersaksi
Akan kekotoran pada manusia yang paling berkuasa
di Malaysia lepas Pak Menteri
“Cekap Bersih Amanah”
Malam itu
Kita dikapur
walau Cuma RM50 sahaja
“Cekap Bersih”
Duit itu kau selit bawah IC
Dan bertukar tangan
“Cekap”
Dia sempat melobi sepatah dua kata tentang memandu tanpa lesen
Aku ingat lagi apa dia kata
Kalau mau memandu, mesti ada lesen, kalau tak mana boleh.
Ya, itu betul.
Tapi kalau benar kau mau saman
Bukankah lagi senang kalau kau tulis saja nombor kereta dan jenis kesalahan pada tiket itu?
Tapi road block itu bukan untuk saman
Aku rasa
Kalau satu kereta (Kancil) boleh kapur RM50
Bayangkan 10 lagi kereta yang tuannya memandu kereta luar negara, pacuan empat roda dan CC-nya lebih dari 1.5?
Memang senang mau dapat wang.
Tiada cekap, Tiada bersih, Tiada Amanah.
Malam itu kami terbantut mau ke Laundry
Masing-masing pokai dah aku harus pulang
Malam itu memang jahanam bersulam komedi
Jahanam kena kapur
Komedi bila manusia yang ambil rasuah berkhutbah tentang kepentingan lesen
Haha.