Hehe
September 26, 2006
Kita ketemu lagi
Kini kau punya kekasih hati
Hehe
Aku ketawa
Sendiri.
Culas
September 26, 2006
Sekujur jasad
Berjalan
Tanpa jiwa
Kosong
Bangsat!
Mana hilang semua rasa?
Mana?!!
Mau cari dia culas
Kalau begini
Lebih baik mati saja!
17 September 2006
Nanti?
September 26, 2006
Apa Kau jijik sama aku
yang pernah cuba dekat mencari
Apa Kau benci sama aku
yang melanggar batas yang dibina
Apa Kau marah sama aku
yang mudah alpa
Apa aku yang sesat ini
akan Kau sesatkan lagi?
Atau
Ada limpahan cahaya menanti di hujung jalan
yang aku tempuhi?
12 September 2006
Kau Ya Kau
September 20, 2006
Kau
Ya, kau
Siapa nama?
Umur berapa?
Tinggal mana?
Bujang ke dah kahwin?
Makanan kegemaran?
Minuman kesukaan?
Kau suka warna apa?
Filem macam mana?
Muzik? Novel? Game?
Sukan?
Apa yang kau itu?
Apa yang kau ini?
Kita berkenalan
Kemudian berkencan
Lama lepas itu
Berpisah.
(Marah, kecewa, lagu melankoli putus cinta, aku tak mahu bercinta lagi, cinta bodoh, aku bodoh, engkau betina jalang, aku tak mahu bercinta lagi!)
Se dua tiga beberapa bulan
Atau bertahun-tahun
Kau
Ya, kau.
Pagi 17 September 2006
AkuDia
September 18, 2006
Aku mahu jadi dia
Bebas
Bebas semahunya
Aku mahu jadi dia
Hedonis bertuankan diri
Berparti dan bersuka-ria
Aku mahu jadi dia
Ekstrem
Ketawa dan terus ketawa
Aku mahu jadi dia
Berpaksi duniawi
Menunggu mati
Aku mahu jadi dia
Yang hanya ada
Dalam aku.
Lelah
September 12, 2006
Lelah aku cari
Ruang dan masa
Bersendiri.
Layang
September 12, 2006
Dunia getar
Kepala berat
Masa lambat
Detik, saat, minit, jam
Jalan perlahan-lahan
Tutup mata
Berdesing
Suara kabur
Awang-awangan
Bukak mata
Berbalam-balam
Gambar tukar ganti
Kecil besar senget tegak
Siling mendekat
Kipas pusing ligat
Melayang.